Monday, March 30, 2009

Belia Berjaya

Shaz Global Enterprise merupakan salah satu kejayaan yang terdapat di dalam kampung ini yang mana ianya telah diusahakan oleh golongan belia. Pengusaha Shaz Global ini adalah En Shazri Nirwan b Zabani. Beliau merupakan seorang pengusaha di dalam bidang pertanian. Beliau telah mengusahakan tanah seluas 23 ekar untuk penanaman sayur-sayuran. Antara sayur-sayuran yang ditanam adalah timun, kekacang, bende, kacang buncis, cili padi, sawi dan kangkung. Selain penanaman sayur-sayuran, beliau juga ada melibatkan diri di dalam penternakan kambing dan lembu. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi En Shazri Nirwan di talian 017-6575748 @ 019-3347783.

En Shazri Nirwan dan hasil tanamannya






Projek Keusahawanan

Projek Keusahawanan yang dibentangkan ini merupakan projek keusahawanan kuih bahulu. Projek ini telah dijalankan oleh Pn Hjh Rahmah Bte Hj Husin bersama anak lelaki beliau iaitu En Fauzi. Untuk keterangan lanjut dan tempahan sila hubungi beliau sendiri di talian 016-6100726 @ 06-3843330

Pn Hjh Rahmah dan anak beliau En Fauzi

Antara produk kuih bahulu yang dihasilkan

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kg Ramuan China Besar




Sambutan Maulidur Rasul ini telah diadakan pada 22 Mac yang lepas. Sambutan Maulidur Rasul peringkat kampung ini telah diadakan di Masjid Kg Ramuan China Besar. Aktiviti dimulakan dengan perarakan selawat ke atas nabi junjungan dari pekan Ramuan China Besar hingga ke Masjid Ramuan China Besar yang jauh adalah lebih kurang 1 kilometer. Penceramah jemputan untuk sambutan ini adalah Ustaz Ridhwan Tee Abdullah.

PPIK LUBOK CINA

Wednesday, March 18, 2009

IKBN bersama penduduk kampung

Program ini merupakan yang telah dianjurkan oleh pihak IKBN Alor Gajah bersama penduduk Kg Ramuan China Besar. Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam. Para Pelajar IKBN diberi peluang untuk menjadi anak angkat kepada penduduk kampung. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program tersebut. Antara aktivit tersebut adalah gotong royong, ceramah agama, dan sukaneka. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti tersebut.

Persatuan-persatuan di PPIK Lubok China

  • Persatuan Gasing Perkasa

  • Persatuan Kompang
  • Persatuan Marhaban dan Berzanji

  • Persatuan Ibu Tunggal
  • Persatuan Pengasih
  • Persatuan Nelayan Melaka Barat
  • Persatuan Gerakan Wanita
  • Kemas

PPIK LUBOK CINA


PUSAT PERKHIDMATAN ILMU DAN KOMUNITI (PPIK) LUBOK CHINA INI MERUPAKAN SEBUAH PPIK YANG TERDAPAT DI MALAYSIA DAN MELAKA. PPIK INI MERUPAKAN INISIATIF KERAJAAN DAN JUGA BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN DENGAN BERBAGAI KONSEP DAN PRASARANA DENGAN TUJUAN YANG SAMA IAITU BAGI MERAPATKAN JURANG DIGITAL DAN MEMPERBAIKI KEHIDUPAN KOMUNITI DARI SEGI EKONOMI, SOSIAL DAN PERSEKITARAN. TERDAPAT LEBIH 2000 BUAH TELECENTER DI MALAYSIA , NAMUN 1169 DARIPADANYA ADALAH DIURUSKAN OLEH KEMENTERIAN TENAGA AIR DAN KOMUNIKASI (KTAK) YANG MANA 42 DARINYA ADALAH PUSAT INTERNET DESA DAN 250 ADALAH PPIK ITU SENDIRI.

MELALUI PROJEK INI, KERAJAAN TELAH MEMPERUNTUKKAN SEBANYAK RM 118 JUTA SEPANJANG RMK-9 BAGI MEMBINA PUSAT PERKHIDMATAN DAN ILIMU KOMUNITI SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA USAHA MENAIK TARAF PROGRAM INTERNET DESA (PID) YANG DIPERKENALKAN SEBELUM INI.


PERANAN PPIK SEBAGAI PUSAT SEHENTI DALAM BIDANG ICT BAGI MENINGKATKAN MUTU HIDUP MASYARAKAT LUAR BANDAR. PPIK MEMBOLEHKAN MEREKA BERHUBUNG DENGAN DUNIA LUAR, MENIMBA ILMU DAN MELAKSANAKAN PELBAGAI URUS NIAGA ELEKTRONIK SEPERTI KERAJAAN ELEKTRONIK (e-gov), E-DAGANG DAN PEMBELAJARAN MENERUSI E-LEARNING DENGAN MENGGUNAKAN KEMUDAHAN INTERNET JALUR LEBAR YANG DISEDIAKAN.

Ahli Jawatankuasa PPIK Lubok China








Pengerusi: Tn Hj Mansol B Hj Rahim


Setiausaha: Mazdiana Bte Ab Wahid



Bendahari: Pn Hjh Rahmah Bte Hj Husin



AJK 1: En Shazri Nirwan B Zabani


AJK 2: Pn Norul Ain B Hj Mansol



AJK 3: Pn Rohani Bte Haron


AJK 4: Cik Suria Bte Suhaimi